Tuesday, 22 September 2015

Pengenalan Program Sekolah Lestari SMK Telok Air Tawar

Pengenalan
     
     Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Ini kerana hanya di sekolah keperibadian dan persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk. Apabila sudah dewasa atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik seperti kata pepatah"Melentur Buluh Biarlah dari rebungnya". Sekolah-sekolah di Pulau Pinang telah mula menerapkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajarnya dan mewujudkan generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Justeru, bagi menghargai usaha murni ini Panitia Geografi telah merancang Program Sekolah Lestari. Program ini dijalankan di sekolah bertujuan bagi mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi mencapai matlamat sekolah sekaligus negara dalam menangani masalah alam sekitar.

Rasional

     Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada semua warga sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Selain itu, ia juga bertujuan mmpersiapkan diri pelajar dengan memberi pendedahan ilmu-ilmu asas kehidupan yang lebih meluas dlam pelbagai aspek emosi, rohani, jasmani dan intelek bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan luas dan berinovasi tinggi. Program ini dijalankan di sekolah bertujuan bagi mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi mencapai matlamat sekolah sekaligus negara dalam menangani masalah alam sekitar. 

No comments:

Post a Comment